Thursday, 9 June 2016

Cara Aktifkan semula maybank2u

Assalammualaikum, salam ramadhan yang ke 5 hari :)


Okay, anim sure ramai jugak yang ada problem pasal maybank2u ni. Kalau kita tak log in maybank2u selama 6 bulan automatic maybank2u kita tak boleh nak pakai. Lepas habis study memang anim tak guna maybank2u ni sebab takda duit masuk kan. lepas tu tak dapat la shopping online. kihkihkih...

Then, dah kerja..dapat gaji nak bayar itu bayar ini..sangatkah susah takda maybank2u. Tak boleh nak online transfer. Lepas tu pergi atm cash deposit, tudiaaaaa panjang beratur. haishhhhh ! Anim ambil keputusan untuk pergi ke counter maybank. Tapi, Ya Allah sakitnya hati bila dia kata suruh call 1300 886 688. Before ni call so many times kot. Asik panggilan busy & suruh call back. Dah la makan kredit fon. Orang kat counter tu slumber je cakap tak kene charge. cisssssss. sabar jela di hari puasa pertama ku. hurm.

Esoknya call lagi. againnnnnn busy ! Then try email maybank. no respond jugak. gerammnya. Esoknya lagi anim PM facebook maybank je. Ha cepat pulak kau respond. Dia tanya lah problem kita apa, lepas tu tanya details such as full name, ic no, fon no. Berapa minit lepastu ada orang call...rupanya staff maybank. dia mintak lagi details macam tadi. Tapi tambah details no acc and no 16 digit depan kad maybank korang tu.

Dia just bagitau kene log in at least sebulan sekali kasi aktif memanjang. Then dia suruh try log in. Alang2 depan pc log in jelah. taraaaaaaaaaaaaa ! dah okay. rupanya dia just aktifkan balik dari sana je ! takyah nak reset pape pon. grrrrrrrrrrr..senang je kerja dia. part paling naik hangin yang bab call tu. so, better korang pm je fb maybank if ada apa2 problem. cup cassssss diorg respond. takyah call no customer service tu, buang masa & buang kredit. okaylah nak sambung kerja. hati dah senang sebab semua dah okay.

Till then, bye :)

Tuesday, 31 May 2016

UBAT RAWATAN MASALAH KULIT, BUASIR, EKZEMA

PENYELESAIAN UNTUK MASALAH KULIT..

MIRACULOUSHERB'S adalah jalannya :)

Assalammualaikum dunia..

Lama dah tak update blog ni. Bukan lama je, dah tahap berabad lamanya ! hahahaha. Okay, just straight to the point lah ye. Actually today i want to introduce uolss satu produk ni. Produk ni sebenarnya lama dah wujud, cuma tak diperkenalkan & tak di packaging kan je. okay, since orang datang berurut atau ada macam-macam masalah kulit yang menimpa, ustaz Azli mesti pakai minyak miraculous buatan sendiri ni kepada mereka yang menghadapi masalah kulit. Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit yang mereka hadapi pulih seperti sediakala. Allahhuakbar !

Setelah lama minyak ni digunakan dalam perubatan, ustaz Azli mendapat idea untuk memperkenalkan minyak ni dan packagingkan untuk dijual. Kami menjual online sahaja, kalau cari dekat booth-booth produk kecantikkan tu memang takde, sebab kami taknak timbulkan soal produk tiruan lah apa lah kan. zaman sekarang ni macam-macam kan ? hurmmmm

Okay, anim nak bagi review sikit pasal #miraculousherbsoil ni...









Minyak Miraculous Herbs ini adalah salah satu minyak turun temurun dari datuk nenek moyang kita dahulu dan kegunaannya lebih kepada masalah sakit Kulit, Buasir, Kudis, Ekzema. Minyak ini juga boleh digunakan untuk mengurut anggota badan yg lenguh-lenguh sendi dan digalakkan jugak untuk ibu ibu mengandung untuk disapukan dibahagian bahagian yg sengal ( lenguh ) terutama skali di bahagian pinggang.
Apa yg istimewanya Miraculous Herbs Oil ini ialah tiada campuran bahan kimia dan ianya mengandungi 24 jenis bahan herba asli dan juga diproses secara TRADISIONAL . Minyak ini juga sudah disertakan dengan bacaan Yassin dan doa ruqyah untuk pesakit pesakit yg bermasalah .
In Syaa Allah dengan izin Allah tu tadi penyakit yg pesakit hadapi dapat disembuhkan selepas menggunakan MIRACULOUS HERBS OIL ini . Aamin. Kami turut mendoakan supaya pengguna Miraculous Herbs Oil ini dijauhkan dari segala penyakit.

Untuk tempahan whatsapp Anim ~ 014-8012219 ðŸ˜Š

Saturday, 14 March 2015

Broga Hills, Semenyih Selangor.

Assalamualaikum..

Just nak share pengalaman hiking bukit broga. Ni bukan cerita semalam atau kelmarin. Ni cerita bulan lepas yang punya. hiihihihi. pon boleh la kan ?

Bukit broga terletak di semenyih, Selangor. nak pergi ke sini jalannye senang je. Kak anim pegi dari shah alam pukul 4 pagi, sampai bukit broga dalam pukul 5 pagi. Gagah bangun pukul 2 pagi, mandi2, siap2, tunggu kawan mai amik dekat rumah kakak. semangat + excited !

kak anim pegi dengan adik dan kawan 2 orang. so 4 orang la kesemuanya. dengan berbekalkan air 100plus botol kecik + air mineral kecik + roti gardenia sahaja. Tapi air tak habis, roti tak makan pon. nampak sangat tak penat sgt naik bukit ni. kihkih. Tak lupa, minyak cap kapak itu wajib untuk diriku. Sebelum start hiking kami streching dulu. simple2 jee untuk longgarkan lutut. hihi. Then dalam pukul 5.10 am kami start hiking. bermula disini ~

Kebiasaannye kak anim kalau starting hiking memang akan pening, loya dan muntah. lepas muntah tu laju je naik. taktau la kenapa memang begitu. tapi time ni takde la muntah, just pening then sapu minyak kapak je. Lepas tu baru sambung naik..trek broga boleh la tahan, dah nama bukit. mestila tinggi kan. sampai 1st checkpoint je, angin dia..masyaALLAH...kuat betul. Rase nak melayang. sejuk tu jangan cakap la memang sejuk gila. Sambung naik lagi, smpai 2nd checkpoint angin kuat jugak, tapi serious best sangat ! den sukoooo ~

Asik tanya membe je bila nak sampai bila nak sampai, sebab dia da penah naik. jawapannye sama je, jauh lagi ! lemah je dengar. naik punya naik, ehhhhhh..sampai sudah. tipu je kata jauh lagi, cehhhh ! tapi masa nk sampai ke puncak tu ada 2 laluan. satu kene panjat batu besar, satu lagi ada jalan mudah sikit la, siap ada tangga kecik2. pandang je sebelah kanan ade la jalan mudah tu. Kalau naik ikot batu besar tu memang kene ada orang tarik untuk naik. haa, pilih la jalan yang terbaik ye :)

Alhamdulillah, sampai jugak ke puncak broga pada pukul 6 pagi. Angin kuat, takot pulak ujan. tapi rupenye situ angin memang kuat bangat. sejukkkk ! pegi pulak hari minggu, umatnya masyaALLAH, punya ramai, ada yang bawa anak kecil sekali. kami berempat pon selit2 lah kan cari tempat duduk. Sume orang nak tengok sunrise. so, port yang terbaekkk dah di ambil orang. pasal solat pulak jangan risau, boleh solat kat atas tp bawa bekal air untuk wuduk. kat atas takde toilet tau, siap2 la membuang kat bawah ye.

Borak punya borak, sunrise pon bermula..sibuk la sume keluarkan camera canggih memasing snap sini dan sana. kawan sorang ni pon keluarkan DSLR dia nak amik gambo sunrise tu. tapi orang ramai sangat, kene pandai cari port baik. okay, dah penuh memory card jom la turun. sebelum pukul 10 kami start turun, turun memang makan masa sebab setiap check point kami benti amik gambo lagi. jaga jaga, jangan bediri atas batu sebab angin kuat. takot korang melayang, hahahaha. sudah amik gambo, turun lagi..time ni da panas..trek pon kering + curam. agak licin la nk turun even da pegang tali. kene pandai la jaga brek kaki memasing ye. angin kuat menyebabkan pasir terbang2 dan bole masuk mata korang, jaga jaga !

Finally, sampai la bawah. fuhhh, lega. dah sampai bawah rindu pulak suasana kat atas tu. angin kuat, lalang lalang melentok lentok. memang cantik sangat. Nasib la amik gambo buat kenang kenangan. haa, esoknye dengar cerita broga terbakar dalam pukul 4.30 pm. maybe panas sangat ke ape, taktau la pulak, but still can go there. Pegila ye, memang best. trek okay2 je..mana ada bukit yang tak mencabar langsung kan ? insyaAllah kalau ade kesempatan kak anim nak naik lagi. bukit broga sudah ku tawan. yeay !!

Nak tengok gambar ? jom :)

Terima kasih awak untuk gambar ini :)

Cintaku di Puncak Broga
#sunrise #love


: Whatever you decide to do, make sure it will make you Happy :

Till then :)









Friday, 12 September 2014

Friday !

Assalamualaikum
Salam sayang dari kak anim :)

Sebenarnye dari kelmarin nak update ini belog, tapi asik ' kejap, kejap' je..sampai dah shut down lappy baru la teringat nk update. memang malas la kan nak on balik. hihi. Sampai 2,3 hari gak penyakit L tu datang. (penyakit Lupa).

Seperti yang sudah sedia maklum, weekend kat johor ni adalah hari Jumaat & Sabtu. Hari Ahad sume ke sekolah la ye. huhu, including me ! Ahad got klazzzzzzzzzzz ~ but for this sem im only have class on sunday, monday & Tuesday. yaaaaaa, 3 days only but still hard time for me also all mechanical student actually. Tapi, ape kan daya..ini lah realiti kehidupan ku. 

This is first week class for this semester. class 3 hari tapi lagi 4 hari tu taktau nak buat ape sebenarnye. Rabu & khamis just stay at home. But today, bebudak klaz plan nak pegi main bowling. Tapi tak sume yg follow sebab ade yang balik kampung, ade hal memasing & mungkin juge ade yg malas nak follow. hewwwwww. paham !

Terus terang, dah bekurun lame tak main bowling. Perawalan game yg sangat sedih untuk hakak. bole plak 2 kali dapat kosong kosong. Hampehhhhhh, rase nak campak2 je bola tu..fikir bola tu berat2 je..tangan ni beso mane la nk campak2 bola bowling tu. hahahaha. yg lain sume hebat2 belaka..relexxxx, tak malu pon dapat kosong :)

Then, game kedua..jeng jeng jeng, akulah juara ! (dalam team 3 org jelah, haha )..dpt jadi juara sekali pon sonok dah. hihihihi. Asik spare je bukan srike..nampak tak, kekuatan tu dah mai. hihi, game ke 3 tak juara pon, tp markah still memuaskan. Lepas ni nak g men bowling sensorg lah , practice make perfect kunonnyee..ape kejadahnye men bowling sensorg. hahahaha..

dah abes main, sume balik ikot arah memasing. Kami still ber3, anim, hajar, zafa. Singgah pulak ke BP mall. Solat then jenjalan. Jalan punye jalan..tak pasan sume kedai dah nak tutup. ehhhh, nak pukul 10 malam sudah. hamboi, tak ingat nak balik ehh ? ni la keadaan org yang jarang sekali keluar mall. siannn, hahahahaha. Singgah beli sushi dulu baru la balik ke kolej. siyessss letih kaki. Balik, makan sushi, mandi, solat, nowwwwwwwww...nak tido ! jom tdo jom. nantok dah ni ~ 

Story for today

My team. Zafa, Anim, Isma.

Anim selekeh with kak ja & kak zaf ! hihi

Kaki ku bersama kasut bowling saiz 5 

Bubye bowling summit batu pahat, till we meet again :)

The End


Monday, 8 September 2014

Kembali :)

Assalamualaikum hadik, hakak, habang sekalian ~

yes, im back ! setelah sekian lame kak anim meninggalkan belog nih. why ? malas maybe..actually, lame da berniat nak update belog ni..tapi..nape tah tak update2. hahaha. Semalam tengok2 belog sendiri, update ape yg patot & delete la story mory yang tak sepatutnye ( kisah lama kunon).

Whatever happen life must go on. Banyak bende yg jadi dalam diri ni, tp Alhamdulillah still boleh cover perasaan & jadi seorang wanita yang terus tabah. insyaAllah :)

Everything happen ade hikmahnye, kite kene percaya itu okeyh ! even awalnye diri rase lemah, tapi usaha juga mencari kekuatan & keredhaan Allah yang satu. Doa dan terus berdoa. Terima kasih ALLAH !

Lets by gone be by gone, kak anim masih di sini..di UTHM yang aman, indah dan permai. hamboiiiiii sangat kau ~ kihkihkih. Still menginap di kolej Melewar yang sangat selesa dengan keluasan rumah  yang disediakan. Tapi, mesti kene ade transport nak duduk sini. Nasibla ade kawan yang baik hati nak tumpangkan kak anim yang tak berapa beso dan berat nih, bukan nak prasan kecik ehhh...kenyataan ! yang beso nye hanya pipi kiri dan kanan, hiksss

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah tahun 3 semester yang ke 2. insyaALLAH, setahun suku lagi nak habiskan degree, tak sabar nak habis sebenanye. Dalam rase tak sabar tu, ade jugak rase gerun nak melalui saat2 akhir di sini kerana kauuu FYP ! semoga ALLAH permudahkan segala urusan ku. Amin.

Semangat masih kental even kawan bederet deret bagi jemputan kawen. Its okay, habis belajo nak kawen ! ehhh, ade orang nak kau ke anim ? haha. Tak salah berdoa. Hope ade yg terbaek untuk diri yang tak seberapa ini & selalu doakan kamu kamu sume bahagia selamanye. Tudiaaa, ucapan kawen untuk kawan kawan kak anim. 

Motif harini sebenanye sesaje nak update belog ni, hopefully lepasni kak anim akan jadi seorang yg rajin menghupdate belognye sendiri hokeyh. even takde sape yg baca kan..baca sendiri jelahh. at least, bosan bosan ade gak bende nak di baca. Nak bukak buku tebal tebal subjek mekanikal eng tu macammmm, hurm, malas kengkadang. HAHA. ok, nak benti merepek nih ~

Doakan kak anim berjaya didunia & diakhirat okie sayang :)

Wajah rahsia hati kak anim, wuuuwuuu ~

Arranim Say's
If Allah is by your side, everything will be alright

Salam :)

Saturday, 16 November 2013

Housemate ~

Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam satu Malaysia, Salam WEEKEND !

Today punye cerita, my housemate sume pegi becuti cuti Malaysia. Pegi mane ? Melaka je ! hehe, act. dah lame dah planning nak pegi Melaka dengan housemate. Time duit aku banyak ritu, cehhhhhh, banyak la sgt ! bukan byk la, just enough for me to travel ke melaka tu..nak pegi mase tu la. Tapi ade pulak kawan yg tengah kering. So cancel, but diorang pospone ~

But todayy, anim tengah kering, diorang je pegi. Sampai hati kan kan kannn. Sobsssssssssss :'(
Takpela, tak kesah pun. Im okayyyy. Just doakan diorang selamat pegi selamat balik. Time ni diorang mesti tgh besuke ria. Nak pegi taman mini Malaysia katenyeeee. Ha, pegila. For sure, balik nanti diorg mesti upload gamba cuti cuti Malaysia diorang tuh. hurmmmmmmmmm

Sokey sokeyy, banyak sem lagi. sem sem depan boleh pegi kan kan. hahahaha. Disebabkan dua dua lab dah siap, so now xde keja. Ape lagi. keje layan #KoreanDrama #CityHunter. Baru nak layan cite nih, siannnn..kikikihhhh. Tengan tengok la ni, sambil menaip ni haaa...

okay jap.....


Haaaaa, nak bagitau yg saye pon dah penah pegi Melakauuuu :)
okay. Dah la tuuu, Assalamualaikum...

Thursday, 3 October 2013

Schoolmate :)



Assalamualaikum kasih + sayang + cinta + rindu ++++

Tetibe je rase nak update blog yang macam dah nak luput nih. hihihihi. Asalnye nak anta kuiz kat lecturer je, kene comment kat blog die. rase macam nak bukak blog kite plak. hurm hurm. sian blog ni macam tak bertuannn. Bianneee :'(

Banyak sangat story sebenarnye, tapi topic kawen gak jadi pilihan. bukan ape, kawan kawan ramai yang da kawen, siap ade baby kauuuuuuu. comel comel bangat ! hihihihi. Congrats korang. Jage anak elok2 ye, jadi ibu ayah yg baik tauu.

Haaa, meh cik anim nak cite..mase bulan raye haritu, sorang kawan ni kawen. so, my schoolmate was arrange to go the wedding day. Sape ? kawan kitorg la, nama die anis jasmin. kawan skolah dulu dulu. mase zaman nakal2 kat sabak bernam tuuhh. okay, nak sambung citeeeeeeeee...

We alls plan nak dtg awal skit ke kl tuh, malam tu nak ladies night la. Best sangat sebab 11 orang jugak la yg ddpt join outing tu. kitrang tido kat umah sewe fat & pija. Memang penuhh la kan umah tu. dengan bising ya amat. kitorg la yg buat bising. maklumlaaaa, lame x jumpe. masing2 ade perubahan. hihi

okay, malam tu ktorg outing kat OU je, tengok wayang. konon nak tengok cite the conjuring, disebabkan tinggal seat depan skali, tanak la ktorg tgk. patah plak tengkok kangg. hahahahhaa. so, we decide to watching Elysium. Best nokkkkkk. Suke gak tgk cite gitu. extremmmmmmm. Dapat tiket midnight, so ktorg lepak mcd dulu. penuhkan tank. hehehehe. makan punye makan, sembang punye sembang..movie da nak start.

masing2, mengejar panggung tu. hey korang, panggung tu tak lari ok. haha, lawakkkkkkkk. padahal lambat lg kot, sempat usha org maen bowling lagi. hihi. Dalam 15 munites after that ktorg masuk panggung. punye la aku nak keja seat tengah. dapat pulak dok tepiiiiiii skali. addoiiiiiiii. tepi pon tepila. bukan cite seram ponn. lalalalalallaa ~~~~~~~~

okay, at 2pm ktorg go back home. masing2 berebut toilet. masing2 tuka baju tido. bentang toto. ade yg bawak bantal, selimut bagaii. hahahahahhaa. last2, sume tdo pkul 4 pagi. Sembang punye sembang macam2 citeee. esoknye da la nak bangun pagi..nak pegi kenduri anis kat nogori 9 tuuu. hishhh, jauh jugak ler.

Pepagiiii bangun sume tunggu turn mandi, saye bangun awal okehhhhh. siap punye siap, pkul 10 gak gerak dari kl. sampai tepat2 waktu lapar laa. hahahahaha. kecoh di kenduri dengan gelagat kami, photographer pon penin pale tengok dahhh. wahahaa..rilex broderrrrrrr ! Sesi begamba mmg tak bole x ingat, sokmo begamba, hahaha. very fun.

Then 2 weeks after anis wedding, ktorg pegi lowed punye wedding plak. act, cik anim baru je balik UTHM, nak register sem baru. pastu jumaat balik kmpung balik. HAHAHAHAA. balik awal plak tu. ponteng class 4 jam. naseb la lecturer baik2 blake. hurm, nak jugak pegi kawan punye kenduri. dapat jumpe kawan2 lagi. bestttttttt sgt.

Bile lagi la nak jumpe kan kann, katenye nak plan g becuti. tapi xtau la bile, mohon korg cari tarikh aku cuti sem ye :D ADDODODOIII, ngantok suda ni..pkul 2 pagi rupenye. esok class pkul 8. nak mintak diri dulu ni, ade mase cik anim update lagi ehhh. ehhh, jap...nak bagi tgk gambo ktorg. hihihi. sile tgk dibawahh okehhhhhhhhh :)

Ladies Night ! Cik anim tgh2 okeyy :)


Wedding Anis jasmin, congrats !!!
Wedding lowed. Congrats !!!
Dear future zauj, im waiting for the day that you will propose me in such a beautiful way and be your halal zaujah. In shaa Allah. Amin 

Ok, done ! Nite uolssss. Love, ArranimAwalludin