Saturday, 14 March 2015

Broga Hills, Semenyih Selangor.

Assalamualaikum..

Just nak share pengalaman hiking bukit broga. Ni bukan cerita semalam atau kelmarin. Ni cerita bulan lepas yang punya. hiihihihi. pon boleh la kan ?

Bukit broga terletak di semenyih, Selangor. nak pergi ke sini jalannye senang je. Kak anim pegi dari shah alam pukul 4 pagi, sampai bukit broga dalam pukul 5 pagi. Gagah bangun pukul 2 pagi, mandi2, siap2, tunggu kawan mai amik dekat rumah kakak. semangat + excited !

kak anim pegi dengan adik dan kawan 2 orang. so 4 orang la kesemuanya. dengan berbekalkan air 100plus botol kecik + air mineral kecik + roti gardenia sahaja. Tapi air tak habis, roti tak makan pon. nampak sangat tak penat sgt naik bukit ni. kihkih. Tak lupa, minyak cap kapak itu wajib untuk diriku. Sebelum start hiking kami streching dulu. simple2 jee untuk longgarkan lutut. hihi. Then dalam pukul 5.10 am kami start hiking. bermula disini ~

Kebiasaannye kak anim kalau starting hiking memang akan pening, loya dan muntah. lepas muntah tu laju je naik. taktau la kenapa memang begitu. tapi time ni takde la muntah, just pening then sapu minyak kapak je. Lepas tu baru sambung naik..trek broga boleh la tahan, dah nama bukit. mestila tinggi kan. sampai 1st checkpoint je, angin dia..masyaALLAH...kuat betul. Rase nak melayang. sejuk tu jangan cakap la memang sejuk gila. Sambung naik lagi, smpai 2nd checkpoint angin kuat jugak, tapi serious best sangat ! den sukoooo ~

Asik tanya membe je bila nak sampai bila nak sampai, sebab dia da penah naik. jawapannye sama je, jauh lagi ! lemah je dengar. naik punya naik, ehhhhhh..sampai sudah. tipu je kata jauh lagi, cehhhh ! tapi masa nk sampai ke puncak tu ada 2 laluan. satu kene panjat batu besar, satu lagi ada jalan mudah sikit la, siap ada tangga kecik2. pandang je sebelah kanan ade la jalan mudah tu. Kalau naik ikot batu besar tu memang kene ada orang tarik untuk naik. haa, pilih la jalan yang terbaik ye :)

Alhamdulillah, sampai jugak ke puncak broga pada pukul 6 pagi. Angin kuat, takot pulak ujan. tapi rupenye situ angin memang kuat bangat. sejukkkk ! pegi pulak hari minggu, umatnya masyaALLAH, punya ramai, ada yang bawa anak kecil sekali. kami berempat pon selit2 lah kan cari tempat duduk. Sume orang nak tengok sunrise. so, port yang terbaekkk dah di ambil orang. pasal solat pulak jangan risau, boleh solat kat atas tp bawa bekal air untuk wuduk. kat atas takde toilet tau, siap2 la membuang kat bawah ye.

Borak punya borak, sunrise pon bermula..sibuk la sume keluarkan camera canggih memasing snap sini dan sana. kawan sorang ni pon keluarkan DSLR dia nak amik gambo sunrise tu. tapi orang ramai sangat, kene pandai cari port baik. okay, dah penuh memory card jom la turun. sebelum pukul 10 kami start turun, turun memang makan masa sebab setiap check point kami benti amik gambo lagi. jaga jaga, jangan bediri atas batu sebab angin kuat. takot korang melayang, hahahaha. sudah amik gambo, turun lagi..time ni da panas..trek pon kering + curam. agak licin la nk turun even da pegang tali. kene pandai la jaga brek kaki memasing ye. angin kuat menyebabkan pasir terbang2 dan bole masuk mata korang, jaga jaga !

Finally, sampai la bawah. fuhhh, lega. dah sampai bawah rindu pulak suasana kat atas tu. angin kuat, lalang lalang melentok lentok. memang cantik sangat. Nasib la amik gambo buat kenang kenangan. haa, esoknye dengar cerita broga terbakar dalam pukul 4.30 pm. maybe panas sangat ke ape, taktau la pulak, but still can go there. Pegila ye, memang best. trek okay2 je..mana ada bukit yang tak mencabar langsung kan ? insyaAllah kalau ade kesempatan kak anim nak naik lagi. bukit broga sudah ku tawan. yeay !!

Nak tengok gambar ? jom :)

Terima kasih awak untuk gambar ini :)

Cintaku di Puncak Broga
#sunrise #love


: Whatever you decide to do, make sure it will make you Happy :

Till then :)









No comments:

Post a Comment